Review Aiskrim Halal Family Mart

Selain sofuto Family Mart, seleksi aiskrim Jepun mereka tidak kurang hebat juga. Walaupun sedikit mahal dalam lingkungan harga RM6-7, rasanya tidak mengecewakan bagi penggemar aiskrim. 

Untuk status Halal, aku ada refer beberapa blog penulis yang mahir Bahasa Jepun dan mereka dah translate bahan-bahan dalam aiskrim tiada yang meragukan dan muslim-friendly. Ada juga rujukan dari website rasmi dan beberapa syarikat aiskrim based dekat Malaysia.

Aiskrim Halal Family Mart


Meiji Chocolate 

Rasa coklat pada aku sederhana sahaja tak rich sangat lebih kepada manis dan ada serpihan coklat dalam aiskrim. 


aiskrim halal family mart


Binggrae Melona

Aku kenal aiskrim ni dari Youtube Slice and Rice masa mereka buat challenge aiskrim Korea. Rasa melon kuat dan sangat sedap. Binggrae sebelum ni memang famous dengan banana milk jadi tak hairanlah produk mereka berkualiti. 

Binggrae Halal Status: http://kmt.com.my/binggrae/
Baca juga:
aiskrim halal family mart


Imuraya Taiyaki ice-cream 

Waffle ikan ni memang famous dekat Jepun dan mereka jadikan aiskrim pula. Rasa not bad sebab waffle tak soggy sangat dan ada inti red bean. Teringat aiskrim keladi kepit waffle masa kecil-kecil dulu.  




Imuraya Mochi ice-cream 

Aku kadang-kadang kalau craving mochi memang cari aiskrim ni. Mochi ni famous sebab 'Q taste' iaitu sensasi kenyal-kenyal macam kita kunyah boba. Jepun memang tak lari dari red bean, semua dessert dia nak letak.




Imuraya ice dessert with azuki bean and soft mochi 

Aiskrim ni unik sebab ada mochi tapi matcha ice-cream lebih ke arah manis. Patutnya dia buat pahit sebab azuki bean dah manis. 


 

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. sedap eskem jepun nih., hehe
    salam ramadhan

    BalasPadam
  2. belum try yg ni semua...selalu beli yg sofuto..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh try nanti. Dekat myNews pun ada dah sekarang

      Padam

Close Menu