Sate Kluang Kak Esah

Sate di kedai Kak Esah ni dah lama juga nak cuba, baru berkesempatan rasa. Lepas Maghrib terus ke Taman Emas, walaupun belum ramai orang parking susah sikit di kawasan ni. 2-3 kali pusing jugalah baru dapat. 

Kedai Makan Kak Esah 

Alamat: 2, Jalan Sahabat, Taman Emas, 86000 Kluang, Johor Darul Ta'zim
Waktu operasi: 4 petang - 2.00 pagi 

Kami pesan 10 ayam, 10 daging. Servis laju jugalah, tak menunggu terlalu lama. Saiz sate masih relevan dengan harga yang dijual. Cuma sate ayam agak keras, mungkin batch semalam yang dibawa ke hari ni. Sate daging empuk dan masih juicy. Kuah kacang di sini ada hint pedas, tak manis sangat. 


Untuk Adam kami pesan roti canai, lembut dan garing. Maybe Rin nak cuba akan datang kalau ke sini lagi. Nak pekena dengan dal dan kari. Padu ke tak padu.

Perusahaan Aiman dan Rakan-rakan

Alamat:34, Jalan Penghulu Kassim, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor Darul Ta'zim
Waktu operasi: 7.00 pagi - 12.00 malam


Satu lagi lokasi sate yang sedap di Kluang adalah di Gerai Makan Nasi Banjir, Sate Anggerik namanya. Sebelum ni kalau craving sate memang ke sini sahaja. Lately ni nak venture out cari mana lagi sate yang sedap. 

Selain sate, bakso di sini antara menu yang boleh dicuba. Kuah bakso light/jernih dan bila hirup rasa segar sangat. Yang penting tak masin atau terlalu banyak aji/seasoning. Bebola bakso lembut, sedikit kenyal. 

Post a Comment

5 Comments

  1. Sate daging yang empuk dan juicy tu yang sedap kan. Eh, nampak macam ada pepes ayamlah.

    ReplyDelete
  2. Feveret saya ni, sate. Kalau dapat sate yang lembut dan juicy, memang rezeki. Kadang dapat yang liat, kan.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya sate! Malam tadi tengok M3 ada cerita pasal peniaga sate. Weekend ni kena terjah Hj Samuri la nampak gayanya :)
    Roti canai tu nampak lembut 😋

    ReplyDelete
  4. uishhh sate tu cukup menggiurkan..rasa nak kena beli sate juga nanti ni..

    ReplyDelete
  5. Saya sukaaa kalau kuah kacang sate tak terlalu manis. Jadi ada pedasnya . Memang sedaap yg begitu

    ReplyDelete