Nando's Menu & Harga

Nando's kali pertama Rin makan waktu belajar di Kolej MARA Banting. Kawan-kawan ajak keluar outing berbuka puasa di Alamanda Putrajaya. Memandangkan Rin tekak kampung, terkejut jugalah waktu makan ayam panggang dengan sos masam yang disediakan. Terkulat-kulat nak habiskan. 

Nando's


Kali kedua cuba di Mid Valley Southkey, baru Rin dapat memahami hype Nando's dalam kalangan penggemar ayam panggang dari Afrika Selatan ni. Mungkin cara makan kena ada sedikit trial & error dari segi pemilihan jenis perapan ayam & campuran sos peri-peri. 


Rin pesan set "Feast for 2" around RM70 yang merangkumi 2 x 1/4 ekor ayam, 3 sides, 1 dessert dan 2 air. Ayam Rin pilih perapan lemon & herb sebab nak makan dengan anak, size ayam ok decent sebab ada orang kata saiz makin lama makin kecil. 

Ayam panggang juicy, bahagian isi pun lembut tak kering. Ini kerana kereka menggunakan teknik "basting" iaitu menyapu sos peri-peri bersama mentega secara berulang kali untuk mengelakkan daging daripada menjadi kering semasa memanggang, menambah rasa, dan menjadikan warna luaran lebih cantik.

Menu & Harga

Cheesy pita purposely pesan untuk Adam. Rin, husband dan Aleena makan Mediterranean rice yang ramai orang share resipi di TikTok. Kalau ikutkan set ni, boleh dapat sayur/fiber juga, boleh pilih nak salad atau coleslaw. 

Actually Rin tersilap order chips, sebab husband memang tak kenyang dia kata makan kali ni. Kena order nasi juga satu portion untuk dia. Anyway, you guys selalu order apa dekat Nando's? Mind to share.


Untuk air memang bottomless, so boleh refill. Kami ambil coke zero tak silap waktu ni. Tapi mesin air mereka rosak, jadi kena minta staff ambil over the counter. 

Sos peri-peri pula Rin cuba semua level pedas, nak tengok mana yang kena tekak. Boleh campur sos garlic dan hot, sedap bagi Rin. 

Mango passion fruit mochi sebagai dessert penutup hidangan, ok not bad. Mochi kenyal, inti masam manis. 

Rin baru tahu Nando's dah ada di Batu Pahat Mall. Rin tak sure sama ada mereka akan buka di Kluang Mall atau tidak sebab Kenny Rogers pun tak dapat bertahan dekat sini. Dari segi harga ada yang berpendapat Nando's agak mahal tapi sesekali nak cuba ok sahaja. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Jujur nya, pertamakali coba nandos di KL, dan saya susaaaah sangat menghabiskan 😅. Sebab pas pilih sos, pilih yg paling pedas konon. Ternyata dicoba, asaaaaam 🤣🤣. Aiiish memang tak sanggub.

    Sejak itu tak pernah ke nandos lagi.

    Tapiii setelah baca ini, saya pikir, mungkin saya yg salah pesan. Padahal ada banyak macam sos kan. JD rasa2nya memang harus balik utk coba lagi, tp dengan perapan dan sos beda. Maybe nanti ketemu yg sesuai selera 😁

    ReplyDelete
  2. Nando's ni restoran ayam favourite saya! First time makan Nando's dgn kakak saya dan encik suami saya. Tak tau level kepedasannya tu memang luar biasa, pergi la order spicy padahal kitonyo tak tahan pedas 🤣 sudahnya terkulat2 nak menghabiskan sampai meleleh air hidung dan air mata hehehe. Kalau saya suka ambik mediterranean rice dgn peri chips atau jagung. Dulu ada option grilled veggie tapi skrg mcm dah takde.

    ReplyDelete
  3. tp kan ada sesetgh tempat nando's ayam ya sedikit kering. portion mmg bsr tp kalu dpt ayam sedikit kering dan bsr jenuh jg nk habiskan😁

    ReplyDelete